Saturday, September 12, 2009

Ronggeng di KL

Minggu lepas aku turun KL...tujuan utama dia sebab nak pergi kursus kahwin..bukan aku nak kahwin pun tapi menemani kawan baik yang tak lama lagi bakal melangsungkan perkahwinan..pergh nasib baik juga pergi berkawan ni..bosan juga kursus kahwin ni..ataupun mungkin sebab aku belum rasa nak berkahwin..tapi tak juga kawan aku yang nak kahwin tu pun rasa bosan juga..memang confirm bosan la sebenarnya..apa2 pun aku dah ada sijil kahwin..so bila2 masa ada orang masuk minang aku boleh terima..hehehe...

Malam hari pula jumpa kekawan..malam jumaat jumpa kawan adik ada hal sikit yang perlu di selesaikan..bunyi cam gi cari gaduh jer kan..tapi tak la..hal kecik jer..

Malam sabtu meet bro john..aku kenal mamat ni sebab dia kawan kepada kawan kami...erm malam tu aku,orang2,nourull n mas ikan..misi ke UM menjejak john..ok la walaupun tak seorang pun warga KL tapi kiteorang tak sesat.hahahaha...


Meet bro john

Malam ahad pula buka puasa bersama batch aku dengan batch shahril..adalah dalam 16 orang yang terlibat..lepas tu bajet nak tengok wayang tapi wayang kat alamanda tutup..asal ar..memang tutup sebab bulan puasa ataupun????


Buka puasa di Warung Pak Maidin

Hari isnin aku dengan orang2 terjah umah kekawan..rumah pertama puan leha..lepas tu jalan2 kat mines...cantik juga mines lepas 2 tahun aku tak tengok...lepas gi mines kiteorang gi jusco equin then buka puasa sekitar area sana juga..lepas je buka puasa terus ke serdang cik orang2 nak jumpa kimi..lepas tu perjalanan diteruskan ke cheras misi mencari rumah awen Condo cengal..aiseh bunyi cam blog cengal jer..hehehe...dan rumah terakhir yang kiteorang terjah ialah rumah mas merah...thanks mas sebab sudi layan kiteorang walaupun dah agak lewat..dalam pukul 10 baru sampai rumah dia di puncak jalil..yang paling best sebab dapat makan kek coklat..hehehe..sedap2 aku memang suka....10 bintang aku bagi kat ko...



Arifah


Mas merah

Hari selasa pula ada di fakulti..jumpa la kekawan yang masih ada disana..lepas tu aku pun terus pulang ke ipoh tapi singgah buka puasa di tanjung malim...

ps:sebenarnya aku banyak je nak tulis tapi ada sebab2 tertentu buat aku tak mampu nak menulis dan aku rasa biar la tersimpan dalam kotak memory aku jer...

Thursday, August 13, 2009

Entry pertama

Entry pertama setelah hampir 2 minggu menjejak kaki dibumi malaysia..hehehe...pergh punya malas aku nak update blog...bukan nak update nak baca blog kekawan pun malas...takde apa pun nak update..aku sekarang ni tengah sibuk nak cari kerja pula...adei..lepas penat belajar kena fikir pasal kerja pula kan..kalau la kerja tu datang bergolek..hahaha..aku harap tak lama la aku menjual anggur ni..duduk lama2 pun tak membuahkan hasil..kalau duduk lepak kat rumah income masuk ok la juga...pape pun kekawan doakan saya mendapat pekerjaan A.S.A.P yerk...amin...kalau nak contact saya..saya masih memakai no telefon yang lama tak tukar2...rumah pun masih bertapak ditempat yang sama...Owh lupa nak wish pada kekawan yang baru lepas bergraduat tahniah yerk..sama2 la kita mencari kerja...Fighting...

Tuesday, July 28, 2009

Sireh Pulang ke Tepak

Wooo lama aku tak update blog...penyakit malas sebenarnya...yeaaa aku cuma nak buat pengumuman yang aku mahu pulang ke Malaysia tercinta pada 2 0g0s 2009, hari Ahad, jam 11.30 pagi di jangka sampai jam 4.30 waktu Malaysia, naik MAS...YAHOOOOO...doakan aku agar perjalanan lancar dan selamat...tak sabar nak hidu bau Malaysia....hehehe..daannn tak sabar nak jumpa mereka2 yang aku sayang..

Thursday, July 09, 2009

Tag macam kertas ujian

Aiseh tag kali ni macam jawab kertas periksa pula ada 2 kertas..macam biasa manusia yang paling suka tag aku tak lain tak bukan Kong..hehehe...

Kertas 1:

Bekas kekasih saya adalah : seorang kekasih gelap hehehe.
Saya sedang mendengar : lagu "hapus aku"... dan masa yang sama lab member tengah bercakap.
Mungkin saya patut: balik Malaysia hari n juga... :D
Saya suka : meronggeng
Sahabat-sahabat baik saya : sedang berkerja
Saya tak paham : kenapa dia suka sangat menganggu hidup aku!
Saya kehilangan : kasih sayang buat masa ni.
Ramai yang berkata : saya semakin kurus dan cantik hahaha.
Makna nama saya : cantik dan putih seperti awan.
Cinta itu adalah : indah dan menyakitkan!
Di suatu tempat, seseorang sedang : buat bodoh..hahaha
Saya akan cuba : menjadi orang yang terkaya didunia
Ayat SELAMANYA membawa maksud : selama-lamanya tiada noktah.
Telefon bimbit saya : murah jer RM 35
Bila saya terjaga dari tidur : saya akan buat sit-up
Saya paling meluat apabila : saya kena buat kerja yang sama berulang kali
Pesta/Parti adalah : tempat beramah mesra yeke?
Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : kucing
Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : zaman kanak-kanak
Hari ini : aku seperti biasa...ermm bosan...
Malam ini saya akan : melepak di rumah seperti biasa ... hehe!
Esok pula saya akan : akan pergi lab macam biasa..
Saya betul-betul inginkan : saya pulang ke malaysia sekarang juga
Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : aduss kesan belang kat muka tak hilang lagi...sunburn dari jeju!
Pusat membeli-belah atau arked permainan : dua2 aku suka..
Makanan Barat atau Jepun : dua2 aku layan
Bilik yang terang atau gelap: gelap
Makanan segera adalah : adalah maggi..
Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? its ok we still have 3 weeks before i go home..

Kertas 2:
Apakah perasaan anda sekarang? takde perasaan
Saya nak makan? nasi ayam...(favourite aku)
Saya tak suka? kebosanan
Impian saya? mendapat kerja sebaik sahaja pulang ke malaysia
Haiwan yang saya tak suka? eeee..cik tiiii..
Saya harapkan? yang terbaik dalam hidup
Jika boleh putarkan masa? mesti best..mesti aku jadi macam nobita..
Saya pada 10 tahun akan datang? erm 35 tahun..dah kawin la kot masa tu...
Handphone saya adalah sebuah? alat tuk berkomunikasi?
Saya pernah bercinta sebanyak? beribu2 lemon..hahaha:P
Kawan-kawan saya? semua yang bernama kawan..
Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? bolayan..main jauh
Siapa yang anda nak Tag? orang2, sarip, kak faten, sumaya, nurul

Thursday, June 25, 2009

Last day di jeju

Erm hari ni hari last aku kat Jeju..awal2 pagi dah keluar sebab flight kul 2.40 petang kalo tak silap..dan pagi tu masih ada tempat yang dak2 ni nak pergi...tempat pertama yang kiteorang tuju "sulloc cha" kebun teh....kemudian ke "chocolate factory"erm dua tempat jer sempat pergi sebab hari tu ada masalah transport sikit...banyak masa habis menunggu bus je...gambar sampai sekarang aku masih takde lagi..hahaha..so aku upload je dulu entry ni..sebabnya entry gi jeju ni dah sebulan terperap kat draft..yela balik2 je terus ngadap thesis aku..sekarang ni pula aku sibuk lagi ngadap manuscript patutnya dah nak dekat balik ni free la...tapi aku masih sibuk..adei hidup2...tak mo aku sambung phd kat sini...cukup2 la 2 tahun master kat sini..rasa macam 4 tahun wei...yesss akhirnya aku berjaya menyiapkan semua entry aku ke jeju..walaupun simple gila...aku takut aku lupa je kemana aku telah pergi masa di Jeju...So lepas ni ada masa kena setlekan tag dari orang2 ni....dia asyik menanya je bila nak buat tag die....hehehe sorry orang2..cik anggerik berada dalam keadaan kurang waras aka tension aka depress segala macam la...doakan cik anggerik tak sewel je ok...chooowwww

Jeju 5th day

Hari ni sumaya terpaksa ke seoul kerana ada aktiviti..jadi tinggal kami berempat...tempat2 yang kami tuju hari ni..."Jeju world cup stadium".."Jeju folk village museum"..."Ichuland"
..Hari ni masing ngadu sakit peha la betis la..yela semalam baru pas turun dari Hallasan..hehehe..tapi jalan tetap jalan..rugi ar kalo lepak kat rumah jer..



Jeju folk village museum




Ichuland

Jeju 4th day




Hari ni kitaorang panjat gunung Halla "Hallasan" dalam bahasa korea...memang bercadang satu hari ni habiskan masa disitu sahaja..kami mula mendaki seawal jam 9.10 minit pagi dan sampai ke puncak pada jam 1.55 petang...untuk mendaki gunung halla ni..ada peraturan2 yang patut di ikuti dimana selepas jam 1 petang bagi pendaki yang masih belum tiba di perhentian ke-2....mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalan ke puncak halla ini kerana, kesemua pendaki dikehendaki turun dari puncak pada jam 2.30 petang..begitu juga di awal perjalanan..pendakian selepas jam 10 pagi adalah tidak dibenarkan..kerana dikhuatiri pendaki tidak akan sempat sampai ke perhentian...sebelum jam 1 petang...




Diawal pendakian trek agak landai kurang mencabar..berbanding gunung di malaysia gunung di korea agak landai(lagi satu trek yang kitaorang pilih ni memang mudah berbanding trek satu lagi)"seongpanak route"...hanya setelah separuh perjalanan baru sedikit curam..trek yang berbatu mengurangkan kesan gelincir opss ini ditujukan khas buat aku..yang sentiasa tergelincir..hehehe..(kalau masuk hutan kat malaysia tu kalau keluar tak kotor tak sah aku ni)..so kekawan yang biasa masuk hutan dengan aku memang tahu apa akan jadi dengan aku...alhamdullilah perdakian berjalan lancar...



perdakian yang mengambil masa 9 jam naik dan turun...sejauh 20 km (pergi balik) dengan ketinggian 1950m dari paras laut...walaupun aku bukan pendaki yang tegar..tapi aku enjoy kerana peluang nak memanjat gunung halla tidak mungkin aku perolehi lagi selepas ini...turun je dari gunung halla aku dengan sumaya telah pergi ke kaunter pertanyaan untuk membeli sijil membuktikan yang kami ni dah panjat halla..hahahaha(poyo gila)..jangan tak tau siap ada jual medal lagi tau...selepas tu kiteorang semua pulang ke "private house"..kepenatan dan kelaparan...balik jer panas kan nasi lemak yang aku masak malam sebelum tu...malam tu layan nasi lemak..