Tuesday, March 31, 2009

Ko nak jadi ayam ke itik?

Pernah tak korang rasa letih walaupun cakap tak sampai 5 minit...aku rasa letih sebabnya penat nak memikirkan ayat yang paling simple dah mudah berserta gaya tubuh badan (aksi) yang perlu dilakukan bagi memahamkan seseorang...perkara tu selalu terjadi bila aku disini (korea) kekadang buat aku rasa tak nak bercakap pun ada...paling lucu aksi yang aku pernah buat ialah "ayam berkepak"adei time aku buat tu tak rasa nak gelak tapi bila fikir balik memang buat aku tersenyum sendiri...kalau mesej yang kita nak sampaikan tu dia dapat ok lagi..paling haru bila kita tanya lain dia jawab lain lepas tu meleret2 ker perkara lain...arggghhhhh...sabar2 :D
macam malam tadi..aku nak grind la UF resin aku...ok mungkin salah aku tak tanya dia betul2..tapi petang tadi dia kata benda tu ok...aku pun grind la walaupun dengan rasa was2..tengok2 memang sah salah..sepatutnya aku guna size sieve tu 1.0 tapi yang aku pakai tadi 0.5 maknenya lagi halus..dan ini bermakna aku kena oven dry balik UF resin aku..mujur ada lagi balance dalam botol...rasa macam hampas je tadi bila salah buat...nasib satu..kalau aku bantai buat semua tak ke naya...dah la data2 yang aku bakal perolehi ni untuk conferences dan thesis..waktu aku tanya dak lab yang "suka korek hidung" tu penat aku nak explain..lain aku tanya lain dia jawab...aku kesian juga tengok dia..beria dia nak cuba memahami apa yang aku cuba sampaikan..akhir aku ajak dia pergi ke tempat aku grind UF resin..baru la dia faham....waaaa memang rasa cam nak nangis jer..dah la salah size sieve lepas tu penat nak terang kat dia pula..
ps:sabar tu separuh dari iman :D

Ketuk Kepala itu Tandanya Mesra

hahahaha...aku dah lama nak buat entry ni..memang lama tak silap masa tu aku baru sampai sini..dan kejadian tu aku lihat waktu aku dalam subway kat Busan...kalau yang minat tengok cerita2 korea ni mesti tahu adegan yang aku maksudkan ni..ala main ketuk2=pukul=tempeleng kepala tu tandanya sayang..hahaha nak percaya atau tidak tu aku tak paksa ok...bukan apa aku tengok dalam subway ada sepasang couple ni..gurau dia main pukul2 kepala..alamak memang sah macam yang aku tengok dalam cerita korea waktu kat malaysia dulu...ops nanti dulu, aku bukan peminat cerita korea ok..tapi aku pernah la tengok cerita yang panjang berjela tu..ala2 marathon orang kata...gila kasar gurauan tu...kalau korang la yang ada awek atau pakwe sanggup ker nak buat camtu..ok mungkin benda tu bukan budaya kita dan nampak sangat pelik dan jangalkan bila nak buat..hehehe...tapi ada je buat bila kemesraan tu takde lagi..betul kan2x???
main2 ketuk kepala ni selain couple..antara sombey (senior) dan hubey (junior) juga adalah perkara biasa..sebab dulu waktu dalam kelas selamber jer somber sengkeh kepala hubey dia..hehehe..nasib dia tak buat kat aku kan...kalau dia cuba buat tengok dia dapat apa pula dari aku..masa tu aku memang bagi tempeleng kepala "tandanya mesra" la juga...kihkihkih...
kalau mak ketuk kepala anak tu biasa sangat la aku tengok...erm tu la budaya orang sini kan...tapi aku rasa dah tak banyak dipraktikkan..sebab jarang juga aku nampak sekali sekala tu ada la...mungkin dari ketuk kepala dah bertukar ke tepuk manja tak pun cium tangan ker..hehehe...alamak aku dah pandai2 buat teori sendiri pula...sebelum aku datang sini..ada seorang senior ni tak habis2 suruh aku praktikkan main tempeleng kepala ni..dia kata senang aku nanti nak addapt..ceh hampas jer senior aku tu...kalau kat malaysia specialy melayu kan pantang betul orang main kepala ni...sentuh sikit jer habis keluar ayat "wei bapa aku bayar zakat fitrah ni"...tapi tu la lain padang lain belalang...

ps:erm apa barang main sengkeh kepala ni..kalau aku wrestling terus...hahahaha(gurau2)..cukup la sekadar cubitan manja yang singgah dibadan...(^_~)

Kerjaku

bulan April ni bakal menjadi bulan yang tersangat sibuk buat aku..banyak benda aku kena selesaikan..antaranya:

1) tajuk thesis - minggu ni due date
2) 1st draft of thesis - 13-15 april
3) manuscript tuk semakan kali ke-2 - dalam minggu ni lewat2 minggu depan
4) experiment - minggu ni dan minggu depan
5) power point slide untuk conference
6) conference - 16-17 april
7) particleboard tak tau bila nak mula lagi ni..adeiiii

Nasib aku dah ada data walaupun pun tak 100%..kalau inform aku awal2 ok la juga..ni nasib aku tanya pasal date line tuk 1st draft thesis..bukan dieorang tak keluarkan information tu..tapi information tu langsung tak mesra foreigner..buat la dalam versi english satu..tak la kiteorang ni terpinga2 tengok webpage tu...adoooiiiii.....nak tak nak terpaksa bergantung dengan dak lab..nasib english dia not bad..kalau nak harap yang suka korek hidung tu..lain aku tanya lain dia jawab...penat2 nak cakap dengan dia tu...hehehe dalam dok sibuk dengan thesis aku sempit lagi update blog aku..yela mana tahan beb asyik ngadap kerja kat lab ni je..kang juling pula mata aku ni..hahahaha...ok2 aku dah mula nak merapu..baik aku berhenti kat sini kalau tak karang melarat lagi susah...

Monday, March 30, 2009

Earth hour

erm sambutan earth hour kat sini macam tak meriah sangat..orang korea macam tak sambut jer..bagi aku pula..malam tu aku berada dirumah sumaya tumpang cuci baju..hehehe...mulanya nak sambut waktu korea sudahnya sambut waktu malaysia..bermakna jam 9.30 malam...tapi tak sepenuhnya la sambutan tu sebab sumaya masih berchating dalam keadaan gelap...hehehe...
lepas tu aku sambung sambutan earth hour lagi 1/2jam kat rumah sendiri..malam tu aku sendiri dirumah..sampai jer rumah ambil lampu suluh..lepas langsaikan kerja2 menyidai baju dalam keadaan gelap..kihkihkih..rasa lawak pun ada ....selesai je menjemur aku masuk ke dalam rumah..ingatkan nak buka jer pintu rumah konon2nya nak bagi udara masuk la..erm sejuk la pula udara malam tu...sudahnya aku tutup pintu..kemudian aku menerima sms dari chipsmore bertanyakan samada aku menyambut earth hour atau tidak..pasti la aku sambut...hehehe..erm selepas itu tak banyak perkara yang aku boleh lakukan lagi pun 1/2jam lama mana sangat..yang pasti aku hanya baring diatas tilam yang empuk sementara menunggu masa...walaupun keseorangan paling tak aku juga menyambut earth hour disini...korang diluar sana sambut ker tidak??

Friday, March 27, 2009

1st Paper

Alhamdullilah setelah menunggu hampir 4 bulan..hari ni prof aku khabarkan berita gembira dimana 1st paper aku untuk dipublish di Journal of Applied Polymer telah diterima..Paper ni aku tulis dalam masa 3 bulan..bukan sepenuh masa la..sebab waktu tu aku masih punya kelas dan juga experiment2 yang harus dibuat...1st paper aku dihantar buat kali pertamanya pada 26 november 08..kemudian major revision telah dilakukan dan terdapat penambahan serta pembetulan info harus dilakukan oleh itu aku telah membuat semakan kedua pada 27 january 09 dan hanya dihantar semula pada 16 february 09..dan hari ni 27 march 09 paper aku diterima...sounds like i'm very excited..yes i am..sebabnya bidang yang aku belajar ni tersangat la baru buat aku..sampai sini aku belajar semua tu secara detail..sebelum disubmit ke journal tu..prof aku je dah berapa kali dok asyik betulkan paper..tak silap aku mahu lebih dari 10kali sampai ada satu tahap tu aku rasa macam nak muntah tengok paper aku tu...sampai dia sendiri kesian tengok aku..asyik la cakap tu kali terakhir dia betulkan..tapi tak juga2 akhirnya..hehehe

Anyway thanks to my prof tanpa pertolongan dan tunjuk ajar dari dia..tak mungkin aku boleh tulis paper sampai di publish...hehehehe..so sekarang ni aku tengah menulis 2nd paper pula..baru je submit the 1st draft pada prof aku semalam..kali ni aku tak ambil masa yang lama untuk menulis sebab aku dah takde kelas dan tak banyak experiment yang kena buat..satu lagi sebab dah ada pengalaman menulis melalui 1st paper aku..tak la aku terkial2 lagi...Lepas ni banyak lagi benda aku nak kena settle kan..conference bulan depan..lepas tu thesis aku lagi..silap haribulan kalau experiment yang aku buat sekarang ni result dia ok mahu prof aku suruh tulis 3rd paper pula...tak kisah la dia nak suruh aku tulis berapa banyak paper pun asalkan aku boleh balik july nanti..hehehe...saya mahu pulang...ada siapa2 nak pinjam aku pintu DOREAMON..
ps:Happy..happy..happy..:D

I'm yours & Lucky


Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my best test
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment maybe sing with me
A lá peaceful melody
It's your God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
My breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I'ma saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
this is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find the sky is yours
Listen to the music of the moment come and dance with me
A lá one big family (2nd time: A lá happy family; 3rd time: A lá peaceful melody)
It's your God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No please, don't complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No please, don't hesitate
no more, no more
It cannot wait
The sky is your's!


Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Oooohhhhoohhhhohhooohhooohhooohoooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music, feel the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

ps: lagi ni ditujukan khas buat CHIPSMORE

Wednesday, March 25, 2009

Provok

Apabila di provok apakah reaksi korang...kalau aku ia bergantung kepada situasi kebanyakan aku memang buat tak layan atau dengan bahasa lembutnya "GO TO HELL" dengan apa yang korang cakap..aku peduli apa, aku tulis entry ni sebabnya waktu lunch tadi dengan member lab aku..tiba2 ada seorang prof dari deparment aku ni masuk ke kedai yang sama tuk makan juga..dia datang seorang jer...then keluar la topik pasal bahasa korea..dia tanya kawan aku samada aku boleh berbahasa korea atau tak..kawan aku cakap sikit2 boleh la..aku faham apa yang dia cakapkan..perbualan tu lebih kurang bunyi macam ni la...dia bandingkan aku dengan seorang student dari china yang boleh berbahasa korea dalam masa setahun jer..aku yang duduk dah setahun setengah masih tak fasih berbahasa korea lgi...wei ko nak banding aku dengan dia apa kejadahnya...dia jadi macam tu sebab prof dia memang tak speak english at all dengan dia..berlainan yang dengan prof aku yang memang suka speaking..lagi pun awal2 lagi prof aku cakap priority aku adalah master degree bukan bahasa korea..bahasa korea tu sampingan jer...benda2 macam ni buat aku bertambah nak balik Malaysia secepat mungkin..dan bertambah2 perasaan aku tak suka pada korea...aku benci semua tu..
Boleh tak ko jangan expect foreigner lagi2 yang macam aku ni untuk fluent korean dalam masa setahun..ko tau sebab apa aku tak nak speaking korean sebab orang2 macam ko la....dulu waktu dia invite pergi dinner dengan budak2 lab dia..dah buat aku tak suka pada dia..ajak aku makan..tau aku tak makan daging..tapi gi juga ke kedai barbecue b**i...baik aku tak yah pergi macam tu...time makan tu siap cakap dengan aku aku tak leh lulus master sebab aku tak boleh berbahasa korea "WTF" wei...macam ni ko treat foreigner student...no wonder kebanyakan kawan2 foreigner aku menyumpah2 prof dieorang..kalau dah dapat prof yang macam haprak ni memang padan la kena kutuk...
Hilang terus mood aku nak makan tadi..aku benci orang macam ni..spoil mood aku jer...ada kawan aku cakap aku maybe tak sesuai atau korea ni bukan jiwa aku..yer mungkin betul mungkin tidak..aku tak kisah apa korang nak kata..tapi kalau nak tahu situasi sebenar datang la sini bukan tuk melancong tapi tuk belajar...baru korang tahu penderitaan sebenar...arggghhhh.....aku tak suka semua ni...ko ingat aku banyak masa ke nak tumpu pada bahasa korea semata2..banyak benda lain yang aku kena catch up within 2 years...kalau ko sendiri tak leh berbahasa english dengan baik kenapa perlu ko suruh aku berbahasa korea dengan baik...
satu je aku nak bagitahu ko..aku datang sini bukan ambil master in korea language ok..ko kena ingat dan faham tu...