Monday, January 12, 2009

Happy Birthday mama..

Selamat hari lahir buat mama,semoga dihari berbahagia ni mama dikurniakan kesihatan yang baik,murah rezeki,berbahagia disamping keluarga tersayang,panjang umur dan segalanya la yang terbaik buat mama..mama akan sentiasa menjadi mama yang terbaik buat kak jai dan adik beradik yang lain..kalau diberi pilihan mama tetap menjadi pilihan kak jai...pergorbanan melahirkan kak jai takkan dapat dibalas dengan wang ringgit..kak jai nak mama tau apa saja yang kak jai buat adalah untuk kebahagian mama dan abah walaupun kak jai tak suka..tapi at the end kak jai tau semua tu adalah tuk kebaikan kak jai juga..(except kena kahwin dengan lelaki pilihan mama hahahaha tu kak jai tak sanggup unless lelaki tu adalah anuar zain..oopppsss)ok kita dah terkeluar topik..hehehe gurau2 mama aku tak pernah cuba berbuat demikian...sambung balik..ayat yang agak stereotaip untuk dicakap tapi aku nak cakap juga "mama adalah mama terbaik buat kak jai dan adik beradik yang lain kami sayang sangat mama"semoga kak jai panjang umur dan dimurahkan rezeki agar dapat kak jai balas segala jasa mama dan abah..amin..mmuuaaahhhhhssss lots of love n hugs

mama,abah dan firdaus

Saturday, January 10, 2009

100th

Ini merupakan entry yang ke-100 pergh..letih aku menunggu,banyak je benda aku nak tulis tapi nak tunggu tarikh 10.01 punya pasal...hehehe..so kena la bajet..takde pape pun tapi saja je gatal kononnya macam cantik la nombor tu,mulanya ingat nak tunggu entry 110 dengan tarikh ni tapi macam tak sempat nak kejar pula..ehh banyak songeh pula aku ni..so bersempena entry aku yang ke-100 ni aku nak citer kehidupan (secara ringkas la karang kalau detail berepisod pula:-p) aku sepanjang aku berada kat korea ni...
Erm aku sampai dibumi "winter sonata" ni pada 21/08/07(selasa)aku bertolak ehh bukan2, aku terbang(ala2 superman)dari KLIA pada jam 1.30 pagi..1st time tersangat jauh(berjauhan) dari keluarga..malam tu selain keluarga aku kekawan ada gak yang datang menghantar seperti orang2,aby,jana,gam,peah,sengal dan paan..mula2 aku ok je memang tak rasa nak nangis pun..tapi bila mama aku dah peluk aku pastu macam tak nak lepas aku beserta tangisan dari dia..aku memang kalah..aku ni pantang kalau mak aku menangis memang gugur laju la air mata aku ni..lepas tu adik aku pula..nasib yang lain tak nak nangis sama kan..hehehe..ehh aku tak ingat orang2 ada nangis ker tak..untuk penaja tisu malam tu terima kasih diucapkan(aby)..sampai di Incheon (korea)prof aku jemput..aku tak kenal dia..tapi dia kenal aku(sebab aku artis)..:-p

Sampai dikorea bermula la episod hidup aku..tersangat la berbeza dan diluar jangkaan..memang tak bajet..waktu tu aku cuma fikir betul ker keputusan yang aku buat ni..3 minggu pertama aku rasa macam nak balik Malaysia semula..dah la sampai waktu cuti student tak ramai..dengan tak jumpa sorang pun student dari Malaysia..lepas tu dengan tiba2 nya aku macam orang bisu kat sini..cakap sikit..muka sengih..cakap sikit geleng kepala..sudahnya aku mati kutu..arggghhh..bosan gila..lepas tu kalau call rumah je dihujung talian aku mesti nangis(ni kes 3minggu pertama je)..hidup waktu tu memang tak keruan la..dengan aku nak adapt makanan dia lagi(bermula la episod kenapa aku jadi sebegini kecil)hahaha..hari2 kimchi..hari2 kim..sampai kekadang tu aku tak lalu nak makan lagi..tapi ada gak la hari2 yang makanan dia best dalam erti kata ada ikan atau seafood..

Di lab pula aku cakap dengan pc jer..yela semua kekawan aku ada kat dalam pc..4 bulan pertama purata seminggu aku bercakap tak sampai 2 jam..masak aku waktu tu..lupa nak mention,aku jumpa Malaysia pada hari ke-3 waktu tu orientasi sekejap je..aku jumpa sumaya dulu kat dorm baru jumpa swee won..waktu tu memang lega walaupun Malaysian ada 3 orang je..at least aku kawan yang boleh berbahasa melayu hehehe..dari hari berganti bulan berganti tahun aku semakin boleh mengadaptasi walaupun tak 100%..tapi aku masih lagi bertahan kat bumi korea ni..banyak pengalaman yang aku rasa cukup berbeza terutamanya dari segi cara kerja dan attitude..kalau nak cerita bab budaya memang beza besar la kan..dari suka sampai ke duka..lepas tu cerita2 yang kurang menarik yang aku dengar dari kawan2 foreigner yang lain berkaitan lab mereka..ada yang belajar tak habis tapi dah pulang ke negara asal..bukan satu tapi ada beberapa kes..aku agak sedih bila mereka terpaksa pulang tapi ijazah ditangan.. dan sekarang aku masih lagi disini,masih bertahan hingga saat ni sambil menaip untuk dimasukkan kedalam blog..cewaahhhh ada rupa penulis tak:D..sekarang ni aku bertungkus lumus dalam menyempurnakan tugasan yang diberi agar data yang diperolehi adalah bagus dan bermutu..tadi petang sewaktu aku bersama seorang lagi kawan lab mengemas bilik prof(kat sini memang satu kebiasaan bila ada hari2 yang semua budak lab akan mengemas lab+bilik prof)aku ternampak 2 abstrak dimana salah satunya tertera nama aku(as co-author) dan prof(untuk eksperiman yang aku sedang buat ni) dan satu lagi tertera nama prof aku(co-author),aku dan seorang lagi dak lab untuk kerja sampingan yang aku tolong..aku berharap yang paper2 ini akan diterima untuk dipublish..jadi boleh la aku pulang ontime,aku tau ramai yang rindukan aku kan..kan..kan.....aku yang rindu kalian semua terutama keluarga aku..serasa lepas ni tak mau lagi berpisah jauh dengan mereka..tetapi ada baiknya,sebab bila dah berjauhan ni kita lebih menghargai hubungan itu..Sekejap je kan masa berlalu.tup2 aku nak habis belajar dah..waktu ni macam2 yang aku rasa gembira dan juga sedih..aku rasa normal kot tuk semua orang..hehehe.oohh ye kat sini aku nak tunjukkan la juga rumah ku syurga ku disini,pastu lab tempat aku study dan membuat eksperiman berserta umat2nya dan juga malaysian yang satu university dengan aku...hehehe:D

Ni jalan depan rumah aku..typical korean house



rumah aku yang ade selipar tu..sebelah tu rumah jiran..macam sewa bilik je kan..


Ni la bilik aku..tunjuk bilik je la sebab satu lagi bukan ada apa pun ada almari baju je..hehe

ni pula lab aku tempat aku study,buat eksperiman,makan ker berserta aku pernah tidur kat lab ni gara-gara masak resin(UF),tempat aku hujung tu yang ada sweater..di Korea ni yang paling senior (dalam erti kata taraf pendidikan) akan duduk paling jauh dari pintu..paling junior akan duduk paling dekat dengan pintu..jadinya tempat aku adalah dihujung sekali..hehehe


Ni pula lab members aku..ni waktu farewall party sebab 3 dak perempuan habis semester ni..prof aku pula yang kat sebelah belakang kiri aku..(yang berkaca mata),paling tua(2 tahun jer dari aku) mamat yang berdiri sebaris dengan aku (kiri aku) baru nak masuk 2nd sem, lepas tu aku..yang lain tu adik2..


Malaysian satu university dengan aku
left: swee won,sumaya and singmuk (3S)







Thursday, January 08, 2009

Bye and All the best to you

Hari ni housemate aku akan berangkat ke lapangan terbang Incheon pada jam 1.20am..dan kami, aku dan sumaya telah mengucapkan salam perpisahan pada waktu lunch tadi kerana selepas itu dia akan sibuk dengan segala temu janji..dia bukan pulang bercuti tapi pulang selamanya dan akan meneruskan pengajian di Arab Saudi..pulangnya dia ke Pakistan ini adalah dengan tiket "pulang bercuti" ini bermaksud yang prof.dia tidak tau akan keputusan ni aka cabut lari..(adalah beberapa sebab tertentu kenapa dia berbuat demikian)..

Nausheen telah menjadi housemate aku lebih kurang 9 bulan..dia yang hampir setahun belajar dibumi korea,anak kedua dari 3 sama cam aku gak,merupakan pelajar PhD dalam bidang chemist..selepas ini tiada lagi "roti" yang dimakan bersama,tiada lagi cury dall,tiada lagi shoping ke dong daegu market bersama(daiso shop kegemaran dia), tiada lagi suara dia mengigau ditengah malam, tiada lagi sound filem hindi yang kuat kalau dia sedang menonton filem..sikit sebanyak aku akan merindui semua tu..ni la dia ex-housemate aku..tadaaaa..waktu ni kitaorang ada lawatan ke Andong..best wooo...





tapi takpe hehehe..selepas ni kalau tak yulisma..swee won akan duduk bersama aku(aka kakak n my ex-roomate)..hahaha..happy..

Tuesday, January 06, 2009

Tagged by Kengkaru kong

Was tagged by Kengkaru
Jenis Tag - Tulis Tangan ( handwriting)
Tulis -
1.Nama / nama Samaran kat alam maya ( net)
2.Tulis guna tangan kanan atau kidal (tangan kiri)
3.huruf yang suka ditulis
4.huruf yang tak suka ditulis
5.Tulis " The quick brown fox jumps over the lazy dog"
6. Tag lagi 6 orang

Tadaaaaa.................


Sape kena tag tu sila la jawab..hahahaha hobi aku betul lepas kena tag memang nak tag orang lain...lalalalala...

to kong:kong gambar tu sa lukis khas tuk kamu nasib kepala kingkong tu tak diletakkan pada badan kangaroo...hehehehe..kalau tak mesti jadi ngeri je kan...(^-^)

Sunday, January 04, 2009

Aiskrim dan taman permainan

Erm sabtu lepas aku balik dari lab sekitar jam 8 malam..kalau ikutkan memang nak stay lebih lama tapi memandangkan aku tak dinner lagi dan perut dah mula meminta jadi aku kemaskan meja dan bersiap sedia untuk pulang ke "pondok buruk"..dari tadi dok asyik fikir nak makan apa malam ni dah berkira-kira dah:kimbap la,spagety la,mee goreng la..erm aku balik dulu rumah letak semua barang-barang lepas tu keluar balik..destinasi ku kedai yang berdepan dengan taman permainan..masuk je kedai tu terus aku capai roti untuk bekalan sarapan pagi lepas tu terus pilih aiskrim apa aku nak makan malam ni..cam biasa kalau nak makan aiskrim kat sini kena la belek-belek dulu ingredient dia..sebab tak semua aiskrim aku leh tibai..(bukan aiskrim je semua benda la senang cerita hehehehe)
lepas tu aku lepak kat buaian sambil menikmati aiskrim..pergh memang mashyuk gila la aiskrim..sedap gak aiskrim tu..hehehe..habis je makan aku tak rasa nak balik lagi..sebab kalau balik pun bukan apa pun aku leh buat selain ngadap laptop..jadi aku main la jap buaian pastu aku ternampak satu benda ni..hehehehe alat untuk senaman..ada 7 alat yang berbeza semuanya tapi aku cuba 4 jer..dari yang macam berlari setempat sampai la yang macam main twist2 pinggang aku ni..tapi aku tak tahan lama kat situ sebab besi dia sejuk gila.. nak tak nak aku balik la kerumah dengan lengangnya..puas hati sebab dapat layan aiskrim..balik je rumah aku mulakan operasi masak makan malam untuk diri sendiri..hehehe..mee goreng jadi pilihan hati aku..
kadang2 aku tak sedar yang diri aku ni setiap hari lakukan benda yang sama..kalau dulu aku bosan ada je aktiviti kesukaan yang akan aku buat..hujung minggu kalau aku tak pergi menonton teater ngan geng2 teater,aku akan layan main gamelan dengan team gamelan tu pun kalau ada panggilan tuk buat persembahan..aku rindukan semua tu, setiap malam hujung minggu dihabiskan dengan berteater sampai lewat malam lagi2 bila festival teater selangor atau dulu orang panggil pekan teater nak berlangsung..tapi kalau dah minat sampai malam pun kita sanggup buatkan..sebenarnya banyak lagi kegilaan aku tentang dunia seni muzik dan seni persembahan ni..kalau nak cerita memang panjang gak la...aku mula mengenal muzik secara formal seawal usia aku 9 tahun..agak lewat sebenarnya i wish aku boleh mula lagi awal..mungkin seawal 3 atau 4 tahun..hehehe takpela..erm mula mengambil kelas piano, disitu aku mula mengenal muzik..mungkin jiwa sudah terarah kesitu aku tak pernah rasa bosan walaupun setiap minggu aku terpaksa menghadiri kelas muzik..disekolah pula aku sertai pancaragam dari bermain rekorder sampai la ke pemain drum...lepas tu naik sekolah menengah aku sertai kelab angklung pula..di upm pula aku sertai gamelan..erm tu baru seni muzik belum lagi seni persembahan teater dan tarian..kena buat entry khas la camni hehehe..(pendek kata aku cintakan dunia seni)..bercita-cita nak memilik sebuah piano sendiri bila aku dah mula kerja nanti..pergh aku dah melalut jauh ni..hehehe..sambung balik cerita tadi..iklan sebentar..
tapi kat sini hidup aku sama..kalau kekawan tanya aku rasa macam nak tape atau copy n paste je jawapan..sebab the truth is memang hidup aku sama takde yang berbeza..dan disebabkan tu aku tak enjoy sangat duduk sini..rasa tak sabar nak balik tu memang terasa sangat..mungkin salah aku sebab sampai sekarang tak leh nak adapt dengan environment sini.. salah aku ker??hehehe
oklah jam pun dah menunjukkan jam 12 malam waktu ni lagu stings-adakah kau setia sedang bermain di winamp..aku tak minat rock kapak okay.. tapi sebab dah ada orang berbaik hati nak letak lagu2 ni aku layan je...thanks iwan(zaman dia)..hehehehe.
gud nite to everyone..

Saturday, January 03, 2009

I'm going to miss you..:)


The food

Today me and manuel esguerra(manny did i spell your name correctly??hehehe) we had lunch to together at Passtimo Restaurant (an italian restaurant but korean chef i guest hehehe)over there i was eating the cream shrimp and bolognese as his order..then i also ordered the crunch potato (salad as a additional food-free of charge)coz soon he will left this country for good. A kind of small,cute,tiny what ever so called farewall party for him..I've been known him for a past one and a half year..the story of our friendship begin when I saw him many times in dorm cafetaria but don't know how to start the friendship(so shy that time:D) then one day i went to daegu colorful concert,over there we met again and this time he say hi to me and sinces that he has been good friend of my..we usualy go out for lunch and dinner together in dorm cafe when i'm still in dorm life..his department it just next to my department..he is masters in agriculture..Ohh forgot to tell that he is filipino I guest from his name everyone knows it already..and he has such a good voice, always sing a song for me whenever we walked together..

Manny

Two sweet person..ngehehehe


He is really nice man..a friend that you can share your problem..there is so many story of him that he shared with me..but soon he will go (13 january) I'm going to miss you manny..hope one day we can meet again (Malaysia or Philippine)..



ps:alamak pipi aku macam donut..hehehe..tak le wat apa la..aku memang mempunyai pipi yang macam donut la kak lin..banyak orang cakap camtu..bahagian pipi je..ada siapa2 yang mempunyai petua mengecilkan muka tak..hahahaha..sebab ada orang tertipu dengan muka aku ni(kata aku macam kena pam balik hohohoho)gelak santa lagi:-p

Friday, January 02, 2009

New Year 2009

Selamat tahun baru tuk semua..kalau ikutkan takde beza mana sehari sebelum tahun dengan sehari selepas tahun baru..beza dia kat angka 8 dengan 9 je kan..hehehe..erm aku pula malam tu new year tu dah macam malam makan2 buat aku..asyik la makan je..tengah hari 31.12 tu aku makan lunch kat luar dengan housemate..kiteorang makan 'chamchi kimbap'pergh memang kenyang gila..mana taknya aku memang makan habis bahagian aku..cam biasa housemate aku ni tak kuat makan..so dia makanlebih sikit pada separuh then dia suh aku habiskan balance dia..aku makan,tapi tak habis..sebab aku punya perut pun macam dah tak leh nak sumbat je lagi..hehehe...petang tu akibat kekenyang makan lunch aku makan pie je..lepak kat lab sambil layan pie...dalam kul 8.30pm balik rumah...bajet malam ni memang sambut kat rumah jela...balik je rumah goreng cucur pula..lepas tu tak sampai sejam aku masak spagety pula...tiba2 aku dapat mesej dari princess ajak gi tengok bunga api aka kembang api kat area downtown..aku pun on je la memandang tahun ni aku nak balik Malaysia dah, so aku ambil peluang nak rasa sambutan new year kat negara orang...kalau ikutkan kat Malaysia aku tak pernah pun nak sambut..setakat ngadap tv jer..bukan apa aku ni jenis yang tak suka bersesak-sesak..adus rimas tul..hehehe..then kitaorang berdua pun ambil la bus ke down town...dah naik bus tu baru la perasan silap arah hehehe...nasib lalu depan kawasan university kat north gate...turun la kitaorang berdua sambil tunggu bus lain pula..sebelum tunggu bus tu sempat lagi masuk kedai roti..mata masing2 kelaparan hehehe..keluar dari kedai sebab takde roti yang menarik perhatian perut kami..so tunggu la bus...tunggu punya tunggu bus tak muncul2 gak..kata lagi 10minit..10minit kat skrin tu tak berubah2..sudahnya kitaorag decide nak naik teksi je..adus lalu depan dunkin pula..tak jadi ni kena masuk dulu..masuk je aku ambil seketul je donut capuchino dengan mocha latte(aku dah mula addicted ngan coffee kat dunkin)princess ambil 2 ketul donut.. lepas tu dalam pukul 11.30 kitaorang ambil teksi..pergh teksi yang pada awalnya berlambak dah takde..nasib banyak je teksi tapi kena menunggu la sebab ramai lagi orang lain yang tunggu teksi gak..sampai je kat sana kitaorang terus tuju ke dataran ...tunggu tak lama mana pun sebab dah nak dekat pukul 12 ..mula2nya nak pergi betul2 depan pentas tapi bila sampai ke tepi pentas tu orang berasak teruk memang rasa macam sardin..then aku cakap kat princess erm baik kita tengok kat skrin besar jer..aku risau pula jadi pape kang susah pula...so berpatah la balik kitaorang berdua ke skrin besar...erm aku rasa sambutan new year kat mana2 pun lebih kurang sama je..kat sini countdown seminit sebelum tu lepas tu ada paluan ala2 gong la..then ada bunga api..lepas tu habis...so kitaorang berdua lepak lebih kurang sejam kat situ...ada gak terserempak ngan kekawan dari indonesia dan china yang sama university kat sana.. lepas tu balik ambil teksi terserempak ngan "sombey" aka senior princess..dia ngan awek kitaorang berdua..cun2 r naik teksi...sampai je kawasan university aku ajak princess gi makan kimbap pula..hehehe..layan 2 roll..pastu balik tu aku tapau lagi 1 roll..hahaha..tu la aku cakap aku gila makan je hari tu...makan tak henti2... Dunkin donut layan perut dulu..hehehehe
nampak tak skrin belakang tu tengah countdown lagi seminit je


pakcik ni tolak benda tu sambil pasang muzik..pastu ketuk gendang,then layan tarian dia sendiri,jual entah apa aku tak sure pula..tapi yang tak boleh bla nya..pakcik ni beraksi lucah pula..ish3..sabar je la..:-p
aksi makan-makan kimbap pula..nyum..nyum..nyumm