Hehehe tiba-tiba semalam aku terkenangkan zaman aku masih budak..tak tau la nak dikategorikan aku ni sebagai kanak-kanak yang jenis mana??..benda-benda ni antara yang aku ingat sampai sekarang:
1)masa umur 4 atau 5 tahun aku suka tidur dalam buaian lagi..rasa mengantuk jer aku mula la cari buaian lepas tu aku akan henjut buaian tu dengan badan aku sendiri sampai aku terlena.
2)masih berumur dalam lingkungan 4-5 tahun..aku masih minum dalam botol tapi bukan air susu tau..tak silap aku kalau air susu aku minum dalam cawan..hehe
3)pernah terkoyakkan skirt sewaktu panjat panggar tak sedar kain kat belakang sangkut..lepas tu balik rumah..hahaha
4)umur 6 tahun - main kejar-kejar dengan abang dan abang sepupu aku..saje jer sakitkan hati dieorang pastu aku panjat paip dan mengengsot atas pain tu..tu je jalan nak lepas kan diri tau sebab apa??sebab dieorang baru lepas bersunat mana boleh nak mengengsot...haha..yes!!
5)pernah membunuh cicak yang berada dalam baju dibelakang badan dengan cara,membaringkan diri serta menghempap beberapa kali sehingga cicak itu pening dan mampus..hahaha padan muka cicak tu silap masuk baju..umur 6 tahun
6)umur 3-6 tahun aku dipanggil "mambra" sebab kan rambut dan gigi aku..mambra tu nama watak dalam cerita kartun masa aku kecil-kecil aku pun tak ingat dah cerita tu...panggilan tu dipanggil oleh abang-abang yang duduk berdekatan dengan rumah aku waktu tu di sungai rokam..
7)pernah jatuh basikal dan dahi aku benjol..ubat dia aku sapu bedak..mujarab ker..tu la yang aku fikir..umur 5 tahun.
8)makan chewgum lepas tu dengan tak sengaja terlekat kat rambut..apa lagi mama aku waktu tu naik hantu la..alamak ..nasib mama tak baca blog kan..kalau tak ish2..
9)kalau keluar main-main kat padang permainan ni mesti ada seorang abang tu yang akan follow aku..aku main buaian dia main buaian,aku main gelongsor pun dia nak main juga..aku naik basikal pun dia kejar aku naik basikal..aku tak ingat dia siapa..tapi dia tahu nama aku..
10)Pernah dipukul dengan ranting sehingga ranting tu patah kerana dituduh mencuri..walaupun aku dah cakap bukan aku yang buat SUMPAH..aku tak tahu kenapa mama tak percayakan aku..dan sampai sekarang aku nak sangat tahu siapa yang tuduh aku mencuri tu..aku nak pukul dia dengan ranting balik ehh tak nak la, nak pukul dengan kayu balak sampai patah..(ni perkara paling sedih sebab setiap kali aku teringat memang air mata ni nak menitis) sedih sebab mama tak percaya kata-kataku..umur dalam 5 tahun kalau tak silap..tapi suatu hari aku nak tanya juga kat mama bila aku dah cukup kuat untuk tidak menangis apabila membangkitkan hal ni..
11)suka main puzzle..siap takyah pakai board dia pun aku leh siapkan dengan mudah..sampai besar ni pun aku suka main benda tu...hehe
12)masa aku balik dari kedai aku telah berhenti di satu rumah..kerana abang yang berada di atas beranda rumah tingkat 2 memanggil aku..aku berhenti kejap..lepas berbual seketika aku ingin beredar kerana sememangnya aku takut..tapi abang tu mengatakan yang dia ingin berbual dengan aku lagi dan ingin turun ke tingkat bawah dan berjanji akan memberikan aku coklat..pergh ingat aku "BODOH" dah la aku ni penakut dengan orang yang tak kenal..apa lagi masa dia turun kebawah aku pun cabut la dengan basikal..kejadian ini berlaku sewaktu aku berada dirumah mak longku KL.umur 6 tahun kot..tak ingat tapi memang kecil lagi..
hehe ni la perkara-perkara yang memang terpahat dalam sanubari aku..banyak lagi tapi yang ini adalah yang memang aku akan ingat sampai bila-bila..
ps:sabar yer anggerik pasal kena tuduh tu..kadang-kadang bukan anggerik tak nak tanya tapi risau perkara itu akan menyebabkan mama tersinggung..yela mana tau mama rasa bersalah sebab pukul aku macam tu..dan aku sangat benci orang yang tuduh aku tu walaupun aku tak tahu siapa..kebenaran akan terbukti walaupun beribu tahun..
Thursday, September 18, 2008
Wednesday, September 17, 2008
Ramadhan Ke-17
Sekejap jer masa berlalu kan..dah ramadhan ke-17 pun..dah tak sampai setengah bulan lagi semua umat islam akan meraikan "Hari raya aidilfitri"..dan aku disini puasa dan raya sama sahaja..suasana puasa dan raya tu memang kurang la berbanding berada dinegara sendiri..mungkin korea bukan negara islam dan umat islam ditempat aku ni "대구"umat islam amat payah untuk diketemu..tak mengapalah aku disini pun bukan lama..InsyaAllah tahun depan dapat la aku berpuasa dan beraya dalam suasana Malaysia pula..hehe..walaupun aku baru setahun lebih disini.tapi having a break from hectic routine memang sesuatu yang aku nanti..dan aku percaya mereka yang duduk dilab specialy student graduate akan melalui apa yang aku rasa khususnya di korea ni..sukar untuk aku katakan adakah aku yang terlalu manja atau pun sememangnya kehidupan sebagai student di korea amat memenatkan..kadang-kadang hidupku ni aku rasakan macam "sesuatu" nak katakan robot tak juga entah aku sendiri tak tau nak gambarkan macam mana..tapi aku amat bernasib baik kerana profesor aku boleh dikira sebagai ok lagi berbanding rakan-rakanku yang lain..dimana mereka terpaksa berada dilab dari jam 9 pagi sehingga jam 10 atau 11 malam..adakah itu kehidupan seorang student??aku hanya melakukan perkara yang sedemikian sekiranya aku mempunyai kerja tambahan atau kerja yang harus dilangsaikan..ya aku memang bernasib kerana profesor aku tidak pernah memaksa aku untuk berbuat demikian..aku sememangnya bersyukur..
*********************************************
tahun ni tak seperti tahun lepas dimana aku memang tak berani dan tak mahu mendengar lagu-lagu raya..kerana aku risau dihambat kerinduan terhadap keluarga..tapi tahun ni aku memang melayan habis lagu-lagu raya..mungkin sebab tahun depan aku dah boleh beraya di Malaysia..hehehe..dan lagu favourite raya aku adalah "Harapan Ramadhan" nyanyian Man bai feat Raihan..aku sangat sukakan lagu tu..so boleh la korang dengar lagu ni..aku tau pasti ada yang memang meminati lagu ni..dan satu lagi lagu siti nurhaliza "sesuci lebaran"alah senang cerita aku memang minat la lagu raya..hehe..ingat nak letak semua lagu tapi karang menyemak pulakan..hehe..jadi aku letak 2 video jer...yang lain-lain tu leh dengar kat "youtube".
ps:Anggerik peminat lagu raya..hehe..layaaannn...

Sunday, September 14, 2008
"Miazai" dapat award lagi
Miazai blog telah mendapat award kali ke-2..dan award kali ini datangnya dari Si Kengkaru de'Horizon terima kasih saya ucapkan kepada tuan Pemberi Anugerah.

***********************************************
dan yang ni pula "Miazai" dapat e-card raya dari kawan diblog..thanks kepada nadia..atas kad raya yang advance..hehe

***********************************************
dan yang ni pula "Miazai" dapat e-card raya dari kawan diblog..thanks kepada nadia..atas kad raya yang advance..hehe

Friday, September 12, 2008
"추석"현재 aka thanks giving day
"추석"현재(hadiah chu seok)aka thanks giving day kedua yang aku dapat dari profesor aku semalam..dia bagi semalam sebab dia dah nak balik seoul ada kerja jadi hadiah tu kena bagi awal la..hehe..tahun pertama aku..aku telah mendapat hadiah berupa set barangan mandia seperti syampoo dan juga sabun tahun ni aku dapat 바다에서 온 건강 (health from the sea)dalam dia ada tuna,daging dan minyak masak tapi daging tu terpaksa la aku dermakan pada kawan aku dari china..ok juga la..sebab kalau dia bagi barangan mandian lagi aku memang dah ada untuk bekalan sampai tahun depan..sebab waktu chinese new year kat sini dia panggil 구정 kalau tak silap aku,aku dapat lagi hadiah berupa barangan mandian sebab tu aku cakap aku dah ada stok sampai tahun depan..hehe..beruntung aku..walaupun tak merayakan perayaan "추석 dan 구정 "ni tapi aku pun dapat juga hadiah dari profesor aku..so kat bawah ni adalah set-set hadiah yang aku dapat dari profesor aku..

hadiah ni tahun lepas punya

yang ini pula kuih tradisional yang dimakan sewaktu chu seok..tapi tak chu seok pun ada jer kuih ni..hehe

ni hadiah tahun ni pula

Selain kuih tradisional "Thok" orang korea juga akan makan moon cake sempena chu seok..sekali tengok tak banyak beza dengan chinese malaysian yang merayakan perayaan moon cake..sebab tahun lepas waktu aku pergi ke busan melawat kawan kepada kawan aku yang berada di Dongseo University sewaktu perayaan chu seok memang terdapat pelbagai jenis moon cake yang dijual..apa yang menarik di sini..kalau perayaan di malaysia kebanyakan shopping complex akan menawarkan hamper sebagai buah tangan untuk dibawa ke rumah family atau kawan,disini juga ada hadiah atau buah tangan yang boleh dibawa sewaktu berkunjung ke rumah saudara..dan yang menariknya disini "hamper" dia sangat menarik kerana terdapat dalam perbagai jenis makanan..seperti yang aku dapat ni..ini adalah salah satu dari pelbagai jenis yang ditawarkan seperti:ikan segar,ginseng,buah-buahan,barangan kesihatan,alcohol,barangan mandian dan macam-macam jenis lagi dan harganya memang bole tahan..
Jadi sempena "chu seok" yang jatuh hari ahad ni,maka aku akan bercuti sampai hari isnin..cuti ni lepak rumah je la kot..sebab demam pun baru nak baik kalau tak bila malam jer mula la nak rasa demam balik..so hujung minggu ni memang ingat nak rehat cukup-cukup...

Thursday, September 11, 2008
"I Love Your Blog"Gift

Terima kasih pada kak noris sebab sudi nak memanjangkan hadiah ni pada teman-teman dia termasuk aku..aku baru nak ambil sebelum ni dah terbaca dah hehehe..anyway thank you so much to kak noris..dan sememangnya zai tak pernah terlepas nak baca blog akak setiap kali zai log-in to my blog..
Jadi dikesempatan ini aku pun nak memberikan hadiah yang tak seberapa kepada semua kawan bloger aku untuk mengambil hadiah ni..sesungguhnya aku sentiasa happy bila aku membaca blog anda-anda semua..."Aktifkan diri anda untuk memblog"...hehehe
ps:anggerik suka sangat sebab 1st time dapat hadiah dalam blog..so lepas ni siapa-siapa yang bermurah hati leh la bagi anggerik hadiah lagi yerk..sayang korang semua..mmuaahhhsss...:">
Susu bayi tidak HALAL ..
susu similac ni adalah product Abbott Laboratories selain similac, Abbott Laboratories juga distribute susu-susu berikut:
1) Isomil
2) gain
3) gain plus
4) grow
5) pediasure
6) ensure
berkaitan status halal / tak halal tu, harap kita dapat information a.s.a.p
Info utk kenkawan yg ader anak/adik/anak sedara yg minum susu *SIMILAC*. Sorry terpaksa info pasal benda ni untuk pengetahuan mothers to be..and please inform this to ur 'mummy' friends ok. Aku baru dapat info dari Datuk Dr Maamor persatuan pengguna islam malaysia .. susu formula *SIMILAC * diragui status halalnya.Susu ni pun quite famous.. ada di pasaran. Susu tu dipercayai guna hormon dari badan manusia dan susu tu dipercayai guna hormon manusia dalam proses pembuatannya. Susu tu pun
dah dikategorikan tak HALAL dari Persatuan Pengguna Islam Amerika Syarikat.
inform kawan2ok!..

ps:Credit to Hid...nasib anggerik kanak-kanak fernleaf bukan dumex yer..hehehe

Link to online tadarus
Semalam aku hampir-hampir la demam..malam sebelum tu aku dah terasa semacam tapi biarkan jer..pagi waktu sahur pun aku masih ok lagi..tapi bila nak bangun pergi lab,waktu tu kepala dah terasa berat dah..aku pun pergi lab lambat sikit memandangkan prof aku pun takde kat lab..seharian semalam memang aku ting-tong la juga..pastu sumaya ajak buka puasa sama-sama..sebelum balik tu dia ada bagi aku minum air kosong yang dicampur dengan oksigen..entah ni 1st time aku dengar pasal oksigen tu..aku pun cuba la mana tahu baikkan..tapi balik ke rumah aku..aku ambil 2 tablets panadol soluble takut-takut hari ni bertambah melarat..Alhadullilah pagi ni aku bangun dah tak sakit kepala dan demam pun tak jadi cuma aku banyak kali la juga bersin..

Kepada kawan-kawan bloggerku..aku baru saje upload link al-quran,jadi kalau rasa nak bertadarus secara online tu boleh la save link tu..memang menarik la link ni..bila aku buka jer aku terasa macam memegang Al-quran yang sebenar,dengan warna yang menarik dan terdapat beberapa jenis Al-quran siap dengan tajwid,maksud dan banyak lagi la..so tunggu apa lagi klik jer kat pautan Al-quran tu...aku dapat ni pun bila aku gi jelajah kak nora punya blog then terbaca kuncop punya blog tu yang terjumpa link Al-quran tu..so kredit to kuncop hehe..jadi aku pun letak la kat blog aku ni..moga-moga dapat dimanfaatkan oleh teman-teman blogger ku..pasal boleh percaya ker tak link ni aku tak berapa pasti la pula..memang la sebelum ni ada berita yang mengatakan ada webpage yang diragui kesahihan Al-quran tersebut..so kalau ada kawan-kawan bloggerku yang rasa webpage ni juga tak betul sila la bagitahu aku yerk..sebab aku memang dah lupa webpage yang mana satu yang tak boleh pakai tu..aku harap yang ini ok la...
ps:dah ada tadarus online ni rajin-rajin la anggerik buka dan baca yerk..dari menghabiskan masa tengok cerita-cerita yang kurang berfaedah baik la menambah pahala yang berlipat kali ganda dalam bulan Ramadhan ni..

Subscribe to:
Posts (Atom)