Tuesday, April 03, 2012

myvi ku ke cium

malang tak berbau..tu je yang aku boleh kata..semalam 2.4.12 aku dengan nani keluarkan temerloh untuk makan di secret resepi..dalam perjalanan balik tu tak silap aku dekat area jengka 16..tiba-tiba 2 kereta depan aku break mengejut..dalam keadaan gelap hujan renyai2..perdana yang ikut belakang iswara ni pun terpaksa break mengejut..dalam pada waktu tu..perdana yang hampir nak langgar belakang iswara sempat mengelak dengan membelokkan kereta die sedikit ke kanan..pada masa yang sama ade 2 biji kereta dari arah bertentangan..mujur tak berlaku perlanggaran..tetapi malangnya buat myvi aku..tiba2 aku terasa hentaman dr belakang..apabila aku tengok dari cermin belakang..ade budak bangun dengan tergesa-gesa mendapatkan motor die..aku tak berhenti memandangkan kawasan tu gelap..dan aku tak nak cerita panjang..kalau aku turun pun tak tentu lagi budak tu nak bayar kerosakan..aku cuma berharap yang budak tu ok..lain kali bawa laju lagi dah tak sempat nak break...sengal punya budak...

Saturday, March 17, 2012

warming up

salam,

Ya Allah lamanya aku tak update blog ni..last update tahun 2010..ni dah 2012 hampir 2 tahun tu..banyak betul perubahan yang dah berlaku..1st aku wat blog ni masa aku study dekat korea,aku abis belajar thn 2009 blk je pada msia aku menggangur lebih kurang 6 bln seblm aku kerja secara sambilan kat MTIB.

banyak lagi aku nak citer,nanti aku sambung next post..ni baru nak panaskan semula engine..

nite guys

muaahhh
anggerik

Friday, January 15, 2010

Birthday Celebration+New Year

Erm kalau orang lain nak tambah umur bila hujung2 tahun ni..tapi abang dengan adik sepupu aku pula baru nak cukup umur..kekadang rasa macam bertuah sebab muda nak berbanding dengan kekawan lain yang lahir sama tahun..tapi bila kena part2 lain macam nak ambil lesen ker waktu tu rasa macam arghhh asal la lahir hujung tahun kan..hehehe..Erm dah tertulis nak buat macam mana kan..Pape aku cam biasa aku nak ucap Selamat hari lahir buat korang berdua moga panjang umur,dimurahkan rezeki dan segalanya yang terbaik dan terindah buat korang luv you :)


Friday, December 25, 2009

Al-Fatihah buat nenek

Hari ni genap 4 hari nenek meninggalkan kami semua..Walaupun aku tak rapat sangat dengan nenek dia tetap nenek aku..Sebelum ni nenek memang sakit..orang tua biasala..dan selalu terjatuh juga..22.12.2009 nenek jatuh lagi sebelum tidak sedarkan diri dan disahkan meninggalkan pada jam 8.40pagi..Abah terima dengan tenang mungkin dia tidak dibesarkan oleh nenek dari sejak kecil lagi..Alhamdullilah semuanya berjalan lancar..sewaktu jenazah dimandikan aku mengambil kesempatan untuk sama2 memandikan jenazah..pada aku hari tu merupakan hari terakhir aku bersama nenek..tiada lagi esok atau lusa.Semoga roh nenek ditempatkan di kalangan orang2 beriman Amin...

Tuesday, December 08, 2009

Wedding Angah@Aida@Orang2 dengan Aby

Alhamdullilah Jumaat malam lepas 4.12.2009 angah selamat menjadi isteri yang sah kepada nor abdillah hamzah@aby.Aku dengan family sampai di Tangkak pada jam 3.30pm dan menginap di homestay yang disediakan oleh pihak pengantin.Disebabkan aku merupakan salah sorang umat(pengapit@penyepit)hehehe yang dikatakan agak penting dalam majlis tersebut jadinya aku pun sampai awal la.Selain aku member2 yang lain pun ada juga menginap disana.Malam tu selepas isyak angah selamat di ijab kabulkan.Menurut aby malam tu sahaja imam tu terpaksa menikahkan 5 pasangan pengantin termasuk mereka ni.Nasib baik aby booking imam ni cepat.Jadinya mereka menjadi pasangan pengantin pertama yang dinikah.Korang bayangkan pasangan yang ke-5 dinikahkan entah pukul berapa baru nak habis..hehehe..selesai je majlis akad nikah,upacara membatalkan air sembahyang lepas tu sampai di rumah pengantin majlis berinai diadakan.









Keesokkan harinya majlis bersanding dijalankan,lebih kurang jam 2 petang rombongan dari sebelah pihak lelaki pun tiba.Apa yang menarik majlis perkahwinan ni johor ni ialah "tol" yang dikenakan oleh pihak perempuan terhadap pihak lelaki.Yang lucunya pengantin lelaki tak la nervous mana sebaliknya pengapit dia yang lagi nervous maklum la 1st time jadi pengapit lepas tu tak biasa dengan adat johor.Separuh jalan menuju ke pelamin pengantin lelaki telah di tahan oleh keluarga sebelah pengantin perempuan.Jadinya hanya pengantin perempuan yang naik kepelamin terlebih dahulu.Hanya selepas membayar "tol" pengantin lelaki dibenarkan untuk duduk dipelamin.ok dalam kes ni aku tak bersalah aku dibolehkan untuk duduk atau tidak diatas kerusi pengantin lelaki tapi disebabkan aku dinasihatkan untuk duduk diatas kerusi pengantin lelaki makanya aku harus meminta "tol"hahaha...nasib aku ni tak kejam mana.Dapatnya "tol" aku terus angkat punggung..kihkih...aku nak juga rasa kelainan dalam majlis perkahwinan yang pernah aku kunjungi.Bila kenduri kahwin terasa macam reunion pun ada,yela kekawan yang dah lama tak jumpa pun leh jumpa.Petang tu selesai je majlis bersanding pihak pengantin buat outdoor picture.So aku berserta 3 hero join la pengantin..kalau tak ikut takde orang pula...hehehe...





Aku happy untuk aby n angah sebab aku kenal angah sejak diploma lagi, dia la kawan,dia la hantu dia la segalanya kitaorang dah macam adik beradik. Macam tu juga dengan aby selama mana angah kenal aby macam tu juga la aku kenal dia.So aby tu aku dah anggap macam abang aku juga.aku doa kan korang bahagia hingga ke anak cucu.cepat2 dapat baby boleh aku jadi makcik:)

*Sepanjang aku jadi pengapit aida ni aku terpaksa menahan diri dari bercakap dengan dia.Ni la bahananya kalau ambil pengapit dikalangan kawan.Asyikla nak bercakap jer.sampai abang photographer sound..hehehe..nak wat camner dah kitaorang ni memang suka bercakap.kalau dulu dalam kelas pun tak reti duduk diam ni kan pula dah duduk sebelah ada je benda yang kitaorang nak borak...hehehehe:D

Friday, October 30, 2009

Happy birthday Adik


Happy birthday to you adikku...satu2nya adik aku yang ada..dia la kawan gaduh aku,kawan aku nak ajak beronggeng,kawan nak cari pasal,semua2 pun dia la..aku doakan semua2 yang terbaik tuk ko...hehehe...

Sunday, October 11, 2009

Kera sumbang

Erm aku tak tau la kat area rumah korang ada tak kera sumbang macam kat sebelah rumah aku ni...ceritanya macam ni..rumah aku ni ada la beberapa buah kereta yang tak berjaya disumbat ke dalam kawasan rumah aku akibat daripada tak cukup ruang..jadinya ada la 2 biji kereta yang terpaksa dijemur diluar rumah..alaa bukannya aku gi letak depan rumah dia yang dia nak angin satu badan dia..muncung kereta abang aku tu lebih sikit je adalah dalam beberapa inchi..dia siap letak pasu bunga lepas tu siap hantar surat layang dalam peti pos rumah aku..

nampak tak pasu bunga atas jalan raya tu..erm tu kerja mak cik sebelah rumah aku la..bukan nya aku gi letak kereta tutup jalan rumah dia..lagi satu dia memang masuk kereta mengiring..kiranya aku memang tak kacau langsung atau ganggu dia nak masuk kereta..melainkan dia memang dapat lesen terbang...adei susah la bila dapat jiran yang macam ni...kalau nak tau pasu tu mula2 dia letak sebaris dengan pasu dia yang korang nampak lagi 2 tu..tapi akibat kedegilan aku yang tetap tidak mahu mengalih kereta sudahnya dia letak pasu tu terus atas jalan raya..korang bayangkan la kalau memalam hari orang tak nampak pasu atas jalan tu..mahu pasu dia kena rodok...lantak ko la nak jahanam pun pasu ko..pastu kalau nak kena saman dengan DBI pun ko juga..



ni pula surat layang yang aku dapat dalam peti pos rumah aku..

ok ayat yang dia tulis ni jer

"Belakangkan sikit kereta anda (hitam)
Ganggu kami"

lepas tu adik aku dia gi tokok tambah ayat yang mengelikan ketiak aku..

"Belakangkan sikit kereta anda (hitam)"-kenari la
"Ganggu kami"-tak tau bawa kereta la tu buweekkk
ok nyah

dah tulis macam tu adik aku ronyokkan kertas tu dan baling semula kat kawasan rumah dia..hehehe...

hahahaha...ambik ko..